Wednesday, March 23, 2011

Saat Lafaz Sakinah

selingan tatkala buat seminar paper PSM..

Assalamualaikum....Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa oleh Allah hingga ke saat ini...dinginnye angin mlm ini menyapa tubuhku...yg sedang sibuk mbuat seminar paper..hohoiii....bila rabu mlm khamis je mcm ni la ana...hurmm..dlm2 sibuk buat keje ni byk gak ana 'menyambil'...kalo focus mhadap ni je pun boring n ngantuk gakkn..so ana t'jumpa la satu lagu kat YOUtube ni,tajuk ye SAAT LAFAZ SAKINAH....waaa..sgt syahdu...best sgt lirik iye..penuh makna ..sesuai utk bakal2 isteri...betapa kasihnya parent kita pd puterinya...kat sini ana nk share dgn sume lagu tu.............

Wednesday, March 16, 2011

HARGA DIRIKU

AnDai kaU taHu

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda kusut, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i LOVE u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday, March 14, 2011

Bangkitlah Duhai Hatiku....

Kdang2 nasihat kawan2 tu perlu tuk wat kte kuat...waktu sedih la paling takleh kte duk sndirian.
sbb wktu tu kte takut akan wat sesuatu yg diluar kawaln ,yg tak masuk akal, itu sbb org byak bunuh diri...huh..nauzubillah.pape pun waktu cmni kte perlukn seseorg yg leh wat kte kembali smngat.bkata utk diri sndiri"cukuplah hanya Allah penolongku"..ye mmg...tp org sekeliling adalah asbab dr ape yg blaku Allah takkan turunkn pertolongn bergolek kte pun akan terkejut. kadang2 bnde cmni wat kte rase loss....tp cube kte pk....sape yg kte nak menangkn..??? klu kte jatuh..kte akan menangkn syaitan laknatullah..bahagienye die ngn duke kte manusia ,hnye leh ckp tp cube fikirkan hakikat yg sbnr ini lah kehidupan dunie...dunie dunie!!letih dgn dunie,rindu khdpn yg kekal.. emmmm kadang2 kte fikir jugak..sedie ke kte nak hadapi dunie yg kekal??bekalan tak cukup..perjalanan kat sane lg la jauh..selame2nye.Cabaran kat dunie ni la sbnrnye antare bekalan yg kte leh dpt tuk hidup kat sane..??Antarenye SABAR dengan dugaan......... istighfar byk2...Allah bg dugaan sbb Allah nak bg pahale..dengan syarat kte kene sabar,tawakal, redha yg paling pnting kene istiqamah tp bnde2 tu yg manusia susah nak wat sbb iman manusia ni turun n naek ikut mase tak tetap.Allah mguji org yg Die sayang....Allah mguji org2 yg terpilih.bile kte diuji, maknanye Allah syg kte, n kte adalah antare org yg Die syg,,,mane lg kte nak..??? Allah syg ke manusia syg..??insan terpilih..Allah syg hambeNye walau cmne pun die....tak kenal buruk ke ape ke skali kte dekat ngn die 1000x die dekat ngn kte. Ampuni aku Ya Allah...aku b'Syukur dgn ujianMu.

Wednesday, March 9, 2011

Diyana ooh Diyana!!

2,3 mlm ni nape bdn rase lemah je?! apa yg xkena???mcm2 benda men kat kotak pemikiran nih...huhuhu...ana sakit ke,sakit ape,salah makan ke,nk menemuiNya ke?!! kul 9 pg ni ,tetiba rasa cm melayang2...hampir tsungkur semasa ruku'....Ya Allah knape dgn diri ana ni?? jari jemari pantas mendail no. mama...seperti biasa la setiap apa yg blaku ana akn bcerita tlbih dhlu pd mama dan ayah..."g PKU long,jgn biarkn...",pesan mama. Satu kelemahan ana ...xreti nk bkomunikasi dgn doc...cm ne nk xplain ape yg ana rasa....huhuhu=( Apapun kena pergi gak nih...'mcegah lebih baik dr merawat' ...Dlm pkul 11.15pg dgn penuh rasa ingin sembuh melangkah kaki ke PKU...dalam masa satu jam kt sana segala psoalan dlm otak ana telah tjawab 70%....Alhamdulillah setakat ni xde ape yg serius...cuma paras gula dlm darah agak rndah...so pas ni ana kena la pastikn sgala nutrien dlm mknan mcukupi...ari ni dpt sejenis ubt je nama die NEUROBION (vitamin utk saraf)....ok cik Neuro ,ana akn bkwan dgn kamu utk smggu...kamu mesti jd kwn yg baik ye....bantu ana jd sihat ...Sebelum tu ana nk share satu Hadis Qudsi:
"Bersabarlah dlm mhadapi penyakit,sesungguhny penyakit itu p'hapus dosa"...