Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat, Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan fizikal dan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah sekiranya bakal suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash. Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya bakal suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya dia adalah bidadara untukku di Jannah-Mu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di duniamu peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. sekiranya dia jodoh yang dirahmati oleh-Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.
Tetapi Ya, Allah, Sekiranya dia tergoda dengan keindahan dunia-mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan kurniakanlah aku kekuatan untuk aku perbetulkan keadaannya. sekiranya dia menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, Kau juga yang Maha Mengetahui segala kesilapan dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu.
Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu, aku buta tanpa bimbingan-Mu, aku cacat tanpa hidayah-Mu, aku hina tanpa rahmat-Mu, Ya Allah.
Kuatkan hati dan semangatku, tabahkan aku menghadapi segala cubaan-mu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu. Bimbinglah aku menjadi isteri solehah. Hanya padamu Ya Allah ku pohon segala harapan.
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu. Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yang kerap keliru, kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu, kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu, kerana pendek akalku mengharungi ujian-Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku...aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah, isteri yang sentiasa di hati suamiku. Amin, amin, amin Ya Rabbal Allamin...
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka.
kuatkn aku Ya Allah... ='(
ReplyDeletewhat's the matter,my fren...??
ReplyDeletei always here 4 u...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebiasa2 aje...doa...snjata mukmin...ni je mmpu...usaha+doa+tawakal...mudah2an bhgia dunia akhirat
ReplyDeleteAmin..
ReplyDelete