Showing posts with label Renungan2kan. Show all posts
Showing posts with label Renungan2kan. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Hargailah Puan Suri Anda..


Entry kali ni ana ambil dr akhbar Cosmo..utk perkongsian bersama...utk direnungkn dan diamalkn 

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.
Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.
Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.




7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.




8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. 

Saturday, March 3, 2012

Tanggungjawab Part 2

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.

Tanggungjawab Part 1

Tanggungjawab suami terhadap isteri

Suami merupakan ketua yang memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya. Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah S.w.t sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :

i. Wajib atas suami memberi mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.

ii. Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :

a. Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.

b. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”

iii. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya:  “Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”

iv. Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.

v. Suami wajib menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.

vi. Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya).

Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :

1. Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya. Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan dia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya. Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud :

“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”

2. Hendaklah suami memberi kelapangan perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupun tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila dia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.

3. Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila dia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.

4. Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya dia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”

5. Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.

6. Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.

7. Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang 'queen control').

8. Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam. Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).

Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.

Sunday, November 20, 2011

Jadilah HambaNya Yang Sentiasa Bersyukur




Assalamualaikum. Selamat Pagi...Alhamdulillah ana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah. Tajuk yg ana nk share hari ni sgt serius ..huhuhu. 'Syukur' apa yg kita sume fham dgn bsyukur??? berterima kasih? menerima seadanya dgn tenang? Bersyukur bukan je pd sesuatu yg positif atau baik bahkan b'syukur juga pd semua yg dberi Allah termasuklah ujian,kesakitan dan sbagainya.

Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Surah al-Imran ayat 144 yang bermaksud:

"Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang berterima kasih."

Cuba anda2 smua lihat situasi ini:

A) Seorang anak yg kurang bijak dr segi pendidikan tetapi amat prihatin dgn keadaan sekeliling, amat menyayangi keluarganya. Apakah sbgai ibu bapa kita mbandingkan anak ini dgn yg lain, mengeluh dgn kelemahan akedemik anak ini??? pernahkah kita terfikir bhwa anak ni mungkin akan mbhgiakan, menjaga dan bersama kita waktu susah dan senang?! Renung2kan la ye.


B) Seorang anak yg sgt bjaya, memiliki kerjaya yg hebat..kewangan yg mantoppp (bak kata Ust. Zambri TV9) hehhe..juga sgt menyayangi keluarganya. Tp sering x bkesempatan utk pulang ke kg halaman utk menziarahi keluarga. Tetapi x pernah putus mengirim pbelanjaan,doa utk keluarganya. Apakah sbgai ibu bapa kita mengeluh? Mungkin ye krna kita merasa kurang mdapat kasih syg secara zahir dr anak tsebut tp cube renung sdkit kbaikan anak tersebut.


C) Seorang anak yg jauh menuntut ilmu d negeri orang. Balik sesekali...mungkin kadang2 blk memanfaatkan masa drumah,kdg2 bt sdkit kerja rumah . Mungkin dek krna slalu duduk sndiri mguruskan hal2 sndiri agak kekok mbuat kerja rumah. Dan kadang2, keluar bsama rakan2 skampung yg sama2 mrantau menuntut ilmu d negeri org. Sbagai ibu bapa pernahkah terfikir anak ni hanya mbuat rumah ibarat tempat psinggahan atau hotel? Coz hanya blk duduk skjap drumah, x m'buat kerja rumah 100% n mcm2 lg. Tp pernahkah terfikir dbenak fikiran betapa anak ini menyayangi kluarganya...mengirim doa,amalan, menelefon sewaktu drntauan. Tidak mlakukan dosa drantauan. Mengikut sgala didikan ibu bapanya. Cuma kerana sedikit kelekaan anak tersebut ketika pulang ke rumah ,ibu bapa mengeluh dgn sikap anak tersebut.


Rasanya byk lg situasi yg ada dlm khidupan ni..cuma mungkin xbkesempatan utk ana kongsikan. Segala situasi yang ana kongsi ni tiada kaitan anatara yg hidup atau pun yg mati. Kalo ada pun secara kbtulan je.



Secara kesimpulannya jdlah hambaNya yg sentiasa bsyukur. Dalam konsep keibu bapaan kat atas tu td, ce lihat kbaikan dr kburukan. Renung pd diri sendiri, adakah kita telah jd anak yg baik, adakah kita telah mjadi ibu bapa yg bek. 


"Pandanglah orang yang di bawah kamu dan janganlah memandang yang di atasmu. Karena itu akan lebih layak bagimu untuk tidak menghina kenikmatan Allah untukmu.”


–Riwayat Muslim-

Ingatlah segala yg Allah beri di dunia ini harus kita syukuri.


Jika ada kesilapan dlm perkongsian ini ana memohon kemaafan.Sesungguhnya yg baik itu dr Allah dan yg buruk itu dr ana yg lemah ini.


Wa'Allahualam .







                                                                Keluarga Sakinah...InsyaAllah


Friday, November 18, 2011

Pabila Rindu Menjengah



Assalamualaikum. Salam Jumaat yg barakah, penghulu segala hari. Apa kabar smua? Harap smuanya sihat2...dan baik2 je. Ana? kurang sihat... demam sikit. mungkin tlalu leka dan sibuk dgn keseronokn dan urusan dunia. Jadi Allah mberi ujian dgn mdtgkn kesakitan. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kesakitan ini=) Dengan kesakitan yg x seberapa ini bt ana rasa syukur akan nikmat2nya yang tak terhingga selama ini, mungkin saat ini ada yang sedang sakit lebih teruk dan sedang menahan kesakitan yang berat. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang cepat dan ditambahi kesabaran atas mereka. Semoga Allah bukakan pintu hati dan fikiran kita smua untuk mengenal nikmat2 yang diberi. Sesungguhnya, kita manusia lemah dan langsung tak berdaya. Ingat,tenaga dan umur yang kita ada, hanyalah pemberian sementara oleh Allah .

Yang mengurangi dan menghilangkan sakit hanyalah Allah SWT. Penting untuk kita sedar hakikat ini. Lalu, kita serahkan pada Tuhan Yang Maha Menyembuh. Dia lah yang Maha Tahu akan hikmah kesakitan yang dialami. Pada Dia lah kita serahkan usaha dan harapan kita.

Semoga Allah menghapuskan dosa pada setiap saat sakit yang ditahan oleh hambaNya dengan sabar dan tawakal. Semoga ditinggikan darjat hambanya pada setiap detik hambaNya menahan kesakitan. Dan mudah2an diringankan ujian terhadap hambaNya tanpa mengurangi ganjaran baik di akhirat nanti.

Harus kita sedar, bahawa kita juga sedang diuji ...Kesabaran dan tawakal yang ditagih ketika kita sedang menahan kesakitan sama hebat dengan kesyukuran dan taat yang ditagih ketika sesorang sedang menikmati kesihatan tubuh badan.

Saat hambaNya paling rapat dengan Tuhan adalah ketika dia menahan sakit dan berdoa pada Tuhan. Dan saat hambaNya jauh dengan Tuhan adalah ketika dia menikmati kesihatan lalu lalai mengingati Tuhannya. Ya Allah, Engkau berilah kekuatan kepadaku dalam mhadapi ujianMu ini. Inilah yang dikatakan 'Pabila Rindu Menjengah'.... Allah rindu mdgar rintahan ana jd Allah beri ana ujian =)

Wa'allahualam




                                            Cenderahati dari Pusat Kesihatan=)







Saturday, October 29, 2011

:: cepatnye masa b'lalu::


Demi masa!!
Sesungguhnya seluruh manusia berada dalam kerugian.
KECUALI:
==> orang2 yang BERIMAN
==> orang2 yang BERAMAL SOLEH
==> berpesan2 dgn AL-HAQ (KEBENARAN)
==> berpesan2 dgn AL-SABR (KESABARAN)

Assalamualaikum, slmt tghari. kat atas ni ana share terjemahan surah  Al-'Asr. Ni sbnarnya peringt bt diri ana sndri. Skrg ni anda2 prasan x masa cepat sgt berlalu?! huhuhu...xtkejar rasa.  Ana rasa cm xcukup je masa yg ada...byk perkara ana nk uruskn.  Tatkala ana menaip entry ni sbnarnye ana tgh run CST (nk simulate FYP) jd ana guna la wktu yg de sbaiknye..Kalo xpndai nk curi2 masa, jwbnye x b'updatelah blog ana ni ^_^ kan...kan...kan...

Pepatah arab ada menyebut; "Waktu ibarat Pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu."


Ok cukuplah utk kali ni,de kesempatan InsyaAllah ana share lg entry2.






Monday, August 15, 2011

Mid of Ramadhan...huhu

Assalamualaikum=)
Selamat Pagi....pejam celik dah ptghan Ramadhan ...sedihnye rasa...da smkin hampir dgn Syawal...amalan ? huhuhu...ditolak2...brpe hari je dpt laksanakan ibadah ...tu pun xtau la,sempurna atau sbliknye...
Kepada kwn2 smua....rebutlah ganjaran pahala...isilah dgn sbaiknya...Ramadhan ni sbb sthn skali je...ajal mjmput xtau bile..mgkin esok,lusa kita xtau. k kurangkn kontroversi ,tgkatkn prestasi...sekian=)

Wednesday, August 10, 2011

Kuatkan hatiku...Ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 
kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat, Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan fizikal dan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah sekiranya bakal suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash. Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya bakal suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya dia adalah bidadara untukku di Jannah-Mu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di duniamu peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. sekiranya dia jodoh yang dirahmati oleh-Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya, Allah,  Sekiranya dia  tergoda dengan keindahan dunia-mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan kurniakanlah aku kekuatan untuk aku perbetulkan keadaannya. sekiranya dia menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, Kau juga yang Maha Mengetahui segala kesilapan dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu.

Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu, aku buta tanpa bimbingan-Mu, aku cacat tanpa hidayah-Mu, aku hina tanpa rahmat-Mu, Ya Allah.

Kuatkan hati dan semangatku, tabahkan aku menghadapi segala cubaan-mu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu. Bimbinglah aku menjadi isteri solehah. Hanya padamu Ya Allah ku pohon segala harapan.

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu. Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yang kerap keliru, kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu, kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu, kerana pendek akalku mengharungi ujian-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku...aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah, isteri yang sentiasa di hati suamiku. Amin, amin, amin Ya Rabbal Allamin...

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka.

Thursday, August 4, 2011

Jom B'amal !!!

7 sunnah Nabi SAW utk diamalkan:

1.Tahajjud krn kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2.Mbaca Al-Qur’an seblm terbit matahari. Alangkah baiknya seblm mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dgn penuh pemahaman. 

3.Jgn tinggalkn masjid untuk solat berjama'ah, terutama di waktu subuh. Seblm melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, krn masjid merupakn pusat keberkahan, bukan krn panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4.Jaga solat Dhuha krn kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

5.Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6.Jaga wudhu 
krn Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walaupun dia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7.Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi krn dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan dtg lg...yeayyy...

Alhamdulillah ,syukur sesgt krn dberi kesempatan utk berada dlm bln yg mulia ni... da 3 Ramadhan bru sempat ana nk post entry pasal puase...msih blom tlmbatkn?! ksemptn ni ana nk ucapkn ...

hihihi...haaa...slmt mengisi buku amalan sbelah knan ye...

Wednesday, July 13, 2011

Kusangkakan Panas B'panjangan.....

Assalamualaikum...ape kbar hari ni? Moga smuanya dlm keadaan yg baik=)
hari ni ana nk share sikit beberapa bait lagu SLAM (Zamani)-Gerimis Mengundang
"kusangkakan panas b'panjangan....
rupanya gerimis,rupanya gerimis...mengundang...
dlm xsedarku kebasahan..."

Tetiba mlm ni ana t'fikir cm ne keadaan kita bila Allah beri sesuatu yg kita x suke/x jangkakn??

X sape pun dpt meramal ape yg akan blaku dlm kehidupan ni kan....  hurmmm,melihat sang mentari  terang menyinar,x beri jaminan panas akan b'panjangan...melihat awan yang gelap, juga x b'makna hujan kan m'curah.  Coz  KEHIDUPAN ini sangat unik...
Mungkin ari ni kita asyik dgn kebhgiaan , dkelilingi org2 t'syg,khidupan yg selesa & sbgainya...esk,lusa??blom tentu sume tu milik kita.
Kesimpulan: Apapun yg blaku, kembali pd Nya... Langit x selalunya cerah, x  sape  tahu apa akan berlaku esoknya.. Smoga Allah memberi kita jiwa2 yang ikhlas... yg redha menerima sgalanya dgn  tenang...



p/s: sntiasa lah bsiap sedia ana,rohani & jasmani....ingtan tuk diri sndiri=)


Saturday, July 2, 2011

:: Liku-liku hidup::

Assalamualaikum...pe kbar? hopefully sume ok. Alhamdulillah ana baru je blk dr KL tghari td...temankn ayah bt medical check kt Hosp. Ampang. Syukur sgt sumenye ok,pjlnan pegi n blk lancar....dipermudahkn Allah=).Kali ni ana nk share mgenai seorg hamba Allah yg ana amat simpati dgn die.  Sbnarnye abg ni sebilik dgn ayah masa warded kt Hosp Ampang thn lepas,die m'hidap drastik anemia. .Dgn izin Allah kami dp'temukan lg semlm kt Heamato Specialist. Abg ni sgt cekal n tabah hatinye,dgn keadaan yg sgt lemah...memandu sndirian ke hosp tanpa ade peneman disisi...ayah duduk bsembang smntara mnnti giliran bjumpe doc. Menurut apa yg dcritakn pd ayah die telah bpisah dgn isterinye sejak februari lalu,isteri dia x sanggup bsama die yg ntah brapa lama lg hayatnye...YA ALLAH , sebak hati ana mdengar crita dr ayah... dan ape yg ana lg sedih bila die ckp bekas isterinye akan menikah x lama lg...sanggupnye die meninggalkn suami yg sakit begitu sndirian??!dmana rasa kasih ,syg dan cinta selama ni??? mungkin cinta nafsu dan dunia semata kata ayah. Bile si suami lemah,sakit ...hati si isteri mula b'ubah...minta djauhkan dr bsifat cm tu..semua ni hanya peringatan n pengajaran pd kita....betapa bsyukurnye jika kita dtemani keluarga tsyg,betapa bsyukurnye Allah kurniakn kesihatan dan kekuatan pd kita hingga ke saat ini. Semoga hamba Allah ini sabar dan syukur atas ape yg blaku...sesungguhnya besar ganjaran Allah dsana kelak...ana skuarga mdoakn yg tbaik .


Firman Allah SWT yg bmaksud:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."


Friday, February 25, 2011

: : AntaRa Dua CiNtA : :

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Saturday, January 29, 2011

Bersederhana pilihanku....



DALAM menjalani bahtera kehidupan, Islam memberi garis panduan yang cukup sempurna bagi manusia mencapai puncak kesejahteraan. Hidup menurut ukuran Islam ialah menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat nanti. Demi merealisasikan harapan yang murni itu, setiap orang Islam haruslah mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap segi kehidupannya. Sifat ini dipraktikkan Nabi Muhammad dan juga sahabat Baginda, sehingga mereka muncul di permukaan sebagai insan yang sewajarnya diteladani, yang cemerlang dan dirahmati Allah.


Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)


Suasana sekarang, kenaikan harga barang keperluan harian yang sepertinya tidak terbendung mampu meletakkan masyarakat dalam kerisauan. Apa lagi bagi golongan berpendapatan rendah. Namun kemelut ini boleh dihadapi dengan lapang dada sekiranya ada kesedaran orang Islam mengambil kebijaksanaan bagaimana mengurus kewangan agar supaya dapat menepati konsep kesederhanaan. Iaitu berjimat cermat, dan hanya membeli barang yang diperlukan saja (tidak mengikut kehendak hawa nafsu yang merosakkan), serta yang paling utama ialah tindakan yang diambil menepati jalan Allah. Dengan itu, ia dapat mengelak kemurkaan Allah dan sebaliknya memperoleh tambahan nikmat-Nya yang menjanjikan kesejahteraan sejati. Perhatian saja firman Allah berikut yang mafhumnya:

Sesungguhnya jika mereka lurus di atas perjalanan (Islam), Nescaya Kami curahkan kepada mereka air yang lebat. Untuk Kami menguji mereka padanya. Barang siapa berpaling diri dari peringatan Tuhannya (Al-Quran) nescaya Kami masukkan dia ke dalam seksaan yang berat.” (Surah al-Jin: 16-17)


‘Curahan air yang lebat’ itu bermaksud rezeki yang banyak, yang melengkapi segala keperluan hidup manusia.


Islam dengan tegas menegah seseorang membeli barang melebihi keperluan hidup atau berbelanja mengatasi jarum penunjuk pendapatan, lantaran akibatnya akan menimbulkan pembaziran yang dibenci Allah. Jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah, sehingga berlaku pembaziran hanya saja akan menggambarkan tingkah laku orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan sebagaimana keterangan daripada ayat yang bermaksud:

“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (al-Israk: 26 – 27)


Orang boros sebenarnya tidak tahu untuk merancang, tidak ada wawasan, tidak gerun dengan masa depannya yang bakal hadir nanti terbiar begitu saja. Akhirnya ditimpa penyakit miskin dan muflis, sebagai modal untuk menjadi orang yang suka berhutang, meminta-minta dan pada pandangan masyarakat pula jelas menjadi hina dan tidak dihormati. Ekoran itu, akan jadi orang yang dibelenggu seribu masalah dan jiwa pun tidak mungkin disentuh ketenangan lagi.


Meskipun digalakkan supaya berhemah, namun janganlah pula sampai ke tahap sifat kikir atau kedekut. Sebagaimana termaktub dalam ayat yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu…” (al-Israk:29)


Ayat di atas membawa maksud janganlah menahan tangan daripada berbelanja serta memberi nafkah untuk tujuan kebaikan yang mana diumpamakan tangan yang tidak dapat bergerak kerana terbelenggu di leher. Ini adalah kiasan kepada sifat bakhil (Buku Ayat-ayat Hukum: Abdul Latif Muda)


Kita perlu ingat dengan larangan Rasulullah terhadap orang kedekut ini sebagaimana maksud hadis:

“… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.” (HR Muslim)


Gambaran hadis di atas begitu jelas sekali, kerana kikir menyebabkan timbulnya golongan miskin disisihkan oleh golongan yang berada. Terbinalah jurang antara kedua golongan tadi (yang tidak seharusnya wujud dalam sebuah masyarakat). Perasaan dengki, marah, tak puas hati di kalangan orang tidak bernasib baik terhadap orang yang berharta boleh mencetuskan api perbalahan.


Di samping itu, orang yang berharta menjadi semakin sombong dan tamak. Sepanjang masa terisi dengan aktiviti menimbun harta. Cinta kepada harta bertambah menebal dari sehari ke sehari. Lalu tidak mustahil, mereka ini menjadi orang yang enggan mengeluarkan zakat. Namun sesungguhnya orang yang beriman tidak pernah pengidap penyakit kedekut sebagaimana sabda Rasulullah,

“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [HR Ibn Adiy]


Menyedari betapa buruknya akibat boros dan kedekut, maka orang Islam hendaklah berada di tengah-tengahnya iaitu bersederhana sebagaimana disuruh oleh syarak, Allah berfirman:

Dan mereka yang apabila membelanjakan harta mereka tidak melampaui batas (tidak boros) dan tidak pula bakhil, tetapi (sebaliknya perbelanjaan mereka dalam keadaan betul dan sederhana antara kedua-dua cara (boros dan kedekut)” [Surah al-Furqan: 67]

Thursday, January 13, 2011

: :KesEdiHan+UjiaN+kesUsaHan: :

Ana bukan insan yang sudah cukup lama hidup di muka bumi. Ana juga bukan insan yang arif dalam hal duniawi apatah lagi akhirat. Tetapi ana juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan. Sekilas pandangan ana , manusia tidak pernah lekang dari ujian Allah.

Ujian Allah ada bermacam bentuk, ada yang diuji dengan kekayaan dan sememangnya manusia mana yang tidak berasa suka dan gembira dengan nikmat kemewahan yang diberikan. Sayang sekali ada yang bongkak, angkuh dan membangga diri dengan kemewahan/nikmat yang Allah telah anugerahkan. Namun tidak semua, andai manusia tahu erti bersyukur, pasti kemewahan itu diuruskan dengan sebaik-baiknya ke jalan Allah. Itu juga adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya yang beriman.

Sesungguhnya, setiap yang beriman akan diuji oleh Allah dengan ujian yang tidak pernah diduga. Paling perit apabila, manusia itu diuji dengan musibah/bencana yang sangat berat untuk diterima dan ditempuh. Semestinya saat diuji, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Pada waktu itulah, kita memerlukan sokongan keluarga, saudara dan sahabat handai yang paling akrab untuk memberikan sokongan.

Sudah menjadi lumrah manusia, kita akan menangis apabila merasakan ujian Allah itu tidak tertanggung. Ingin sahaja hati ini ingin memberontak. Tetapi ingatlah kembali, sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah. Pada suatu ketika, kita akan berada di atas, di mana kita tidak tahu bersyukur dan tidak berfikir dari mana datangnya kesenangan itu, pastinya kita berada dalam kerugian kerana melupakan Allah yang pemberi segala nikmat.

Pada suatu ketika, kita manusia akan berada di bawah, saat Allah menarik kembali kesenangan yang diperolehi maka pada saat itu, kita manusia akan menadah tangan kepada Allah dan bertanya mengapa ujian berupa derita diberikan kepada kita dan pada saat itulah baru kita ketahui wujudnya Allah sebagai Tuhan yang berkuasa dalam menentukan segalanya.

Ketahuilah, setiap yang terjadi mempunyai sebab dan semestinya perkara yang telah terjadi akan mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya manusia tidak tahu apa yang terbaik disediakan untuk manusia yang lain. Tetapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Kerap kali kita akan mengeluh memikirkan takdir yang menimpa diri, kesedihan akan mula menguasai diri, kemalasan menguasai diri dan berasa malas untuk bangun meneruskan kehidupan, sehinggakan terkadang melupakan tanggungjawab ibadah solat terhadap Allah s.w.t.

Percayalah, Allah akan menurunkan sesuatu ujian bertepatan dengan kemampuan hamba-Nya. Setiap kita pernah merasai kesusahan, kesedihan, di mana kita sendiri merasa sukar untuk diri kita sembuh setelah berlakunya bermacam perkara yang melunturkan semangat kita. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, sebagai pesanan untuk diri sendiri juga, semestinya kita perlu berfikir, mengapa Allah menguji kita sebegitu rupa??? Jawapannye "itulah tandanya Allah masih sayangkan kita dan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya". Cuba kita imbas kembali, berapa banyak kita mengingati-Nya? Dengan kerja yang berlambak(assignment,berhibur,soal keduniaan)kerapkali menjadi keutamaan. Allah sentiasa mengingati kita, tetapi kita lalai mengingatinya.

Allah mahukn kita berfikir. Kita sendiri tau, ape yang b'laku t'simpan pengajaran. So, jadikanlah pengajaran itu sebagai guru di masa yang akan datang. Mungkin hari ini kita dalam kesedihan dan kesusahan, tetapi akan ada masanya Allah akan memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak pernah jangka. Teruskanlah berdoa kepada-Nya, berserah kepada-Nya setelah berusaha.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa hamba-Nya yang berada dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan percayalah bahawa janji Allah itu pasti. Dalam apa-apa keadaan pun, ingatlah Allah sebagai tempat pergantungan kita yang mutlak. Tanpa izin-Nya tidak akan terjadi apa yang kita mahukan. Hiduplah untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Moga hati kita menjadi tenang dalam menempuh segala jenis ujian yang diturunkan oleh-Nya.

Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan mendapat rahmat yang berpanjangan dari-Nya. Sesungguhnya manusia itu tidak lekang dari melakukan kesalahan,kelalaian dan kesilapan. Jika hati merintih, mengadulah kepada-Nya dan kita di dunia laksanakanlah amanah sesama umat, bantu selagi terdaya kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat kebaikan demi mendapat keredhaan Allah.

Segala kekurangan datangnya dari ana sendiri, tiada niat untuk berbangga diri. Tiada niat menunjuk hanya sekadar berkata-kata, kerana ana juga manusia biasa yang sedang belajar& meneroka dari kehidupan . Renung2kan,SeLamaT BeRamal dan maafkanlah andai tersilap kata,menyinggung rasa kerana kebaikan dan kesempurnaan mutlak itu datangnya dari Allah s.w.t. Sama2 hayati erti kehidupan dan fikirlah betapa Allah itu sentiasa ada untuk makhluk ciptaan-Nya sama ada semasa susah dan senang.Sepotong ayat yg ana sering gunakan time ana takut,nervous,runsing,sedih "Cukuplah Hanya ALLAH S.W.T Penolongku".Wallahua'alam.