Friday, June 29, 2012

RED VELVET CAKE/ kek baldu merah

Assalamualaikum...selamat pagi...entry ana pg ni atas permintaan beberapa induvidu yg mahu ana share resepi...wokeh...xmo merapu bebyk...jom tgk apa yg perlu utk kek ni...





Bahan Kek:
  1. 1/2- buku butter
  2. 1 1/2- cwn gula halus (guna cawan yg bila dimasukn 1/2 buku butter jd 1/2 cwn butter-saiz)
  3. 2 biji telur  (suhu bilik)
  4. 3 penutup/ 2 sudu mkn- esen vanila.
  5. 2 1/2 cawan Tepung kek/self-raising flour
  6. 1 sudu kecil serbuk penaik (yg bekas wane kuning de gmba kek)-->*bahan 5 n 6 ayak bersama
  7. 1 sudu kecil bikarbonat soda
  8. 1 sudu kecil cuka putih/cuka buatan--->(campurkan 7 n 8 tp bile kek da siap diadun n da hmpir dbakar)
  9. 1 cwn buttermilk(kalo xde guna dutchlady full cream)
  10. 2 sudu mkn koko van houten
  11. pewarna merah cecair -->*bahan 10 n 11 dicampurkn ,kuantiti cecair pewarna adalah sehingga serbuk koko td jd pes ( mcm pes tom yam yg kita beli)..hehehe

     CARA2

    PANASKAN OVEN 175'C masa 30minit,
  • bahan 1,2 dipukul smpai kembang(ringan) pastu masukn telur 1 per 1 n esen vanila td.
  • masukan pes koko.Putarkan mixer sederhana laju.
  • masukan tepung diselang seli dgn buttermilk td.. (1/3 bahagian tepung-1/2 bahagian buttermilk-1/3 tepung-1/2 buttermilk-tepung smpai abes).Setiap bahagian dimasukn putar ok!
  • ok last skali sblum bakar masukn cuka n bikarbonat soda yg kita da cmpurkn td...gaul rata n cepat2 bakar.



Bahan Frosting.

  1. butter separuh
  2. cream cheese yg mcm kt gmba ni..yg kecil..
  3. esen vanila sesudu mkn
  4. susu pekat manis 2 sudu....
  5. gula icing  ikut cita rasa...



*bahan2 frosting 1 n 2 pukul smpai ringan..masukn 3,4 n 5...kalo mahu frosting tebal doublekn sukatan.

p/s: kalo xfhm call je k...heheheh...

k bye..nk smbung kmas rumah.




Monday, June 25, 2012

Hargailah Puan Suri Anda..


Entry kali ni ana ambil dr akhbar Cosmo..utk perkongsian bersama...utk direnungkn dan diamalkn 

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.
Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.
Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.




7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.




8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. 

Monday, June 18, 2012

Happy Birthday To Me....

Assalamualaikum...grrr... lama sudah x update blog ni...sudah b'sawang gamaknye:) busy yg amat sgt la kita sejak  dua menjak ni...ahaiiiiii... wokey...straight to the point.. nk share entry pasal My Birthday ari tu:) 




 Alhamdulillah 15hb Jun ritu genap umur ana 25thn..wahh sudah dewasa !! 1/4 abad.  Ni birthday pertama ana raikan sbgai isteri, totally sgt berbeza dbnding dgn zaman bujang.  Lagi ana skrg duk dgn suami,jauh dr family so rasa sunyi sikit la.  Pagi2 lg Mr.Suami da buka youtube cari vdeo yg sesuai utk ana...hahahaha..yg xleh bla..da duduk serumahkn, so dgr la dulu lagu2 sblum die pilih n post kt FB.  Apapun tq syg...






Hurmm..dek kerana Mr.Suami yg sgt la sibuk,bru mlm td die sempat ajk ana g dating. Yeayy... thanks lg skali tau. Ceria sgt layan haiwan2 AFRO CIRCUS POLKA DOT-POLKA DOT...hihihihih...cheerful + colorful.





Ok jumpe lg nnti ye....slmt bekerja.. 



Wednesday, April 11, 2012

Really miss my hubby :'(



Staring at the moon so blue 
Turning all my thoughts to you 
I was without hopes or dreams 
I tried to dull an inner scream but you 
Saw me through 

Walking on a path of air 
See your faces everywhere 
As you melt this heart of stone 
You take my hand to guide me home and now 
I'm in love 


You took my heart away 
When my whole world was gray 
You gave me everything 
And a little bit more 
And when it's cold at night 
And you sleep by my side 
You become the meaning of my life 

Living in a world so cold 
You are there to warm my soul 
You came to mend a broken heart 
You gave my life a brand new start and now 
I'm in love 


Holding your hand 
I won't fear tomorrow 
Here where we stand 
We'll never be alone 


You become the meaning of my life 
You become the meaning
You become the meaning of, my life

Tuesday, April 10, 2012

DD Moist Choco Cake


ENtry UtK sessi malam..heheheh..
haiii ketemu lg kita dlm rancangan maSak2 ;)
Haaa...kat atas tu gmba hasil ujikaji ana ptg td..fuh ...letih gak nk bt...dr pas asar smpai ke azan mgrib bru 100% siap.  Nek kejang kaki bdiri.  Tp xpe ,Alhamdulillah hasilnya memuaskn..cuma comot sket..ana blom mahir lg bt  topping coklatnya... Ujikaji ni ana bt dgn adik Dania..tu yg namakn 'DD choco cake'...Diyana+Dania...  owhh..ok jom2 ana nk share resepi kt u all.

Bahan2:

A (Pes Coklat):
1/2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko Van Houten
1/2 cawan susu cair
1 cawan air panas

* bahan2 A ni direneh dgn api yg perlahan..sentiasa kacau sehingga bkilat.

B (kek):
250 gm butter
2 cawan gula
4 biji telur A size
2 sudu kecil asen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder

*mcm bt kek biasa,pukul butter+gula smpai kmbang,masukn telur 1 per 1,esen vanila...kemudian masukan tepung yg diayak bersama baking powder td bselang seli dgn bahan A (pes coklat).gaul rata.

---> masukan adunan dalam loyang yg sesuai (adunan ni agak byk) . Bakar dgn suhu 180'c selama 35 minit dgn api atas n bwah.

Utk topping:

200 gram coklat masakn
2 sudu susu pekat manis
6 sudu susu cair

*double boiled

Sejukn dulu bru letak topping . K slamat mencuba...rasa die mmg treacly chocolate... InsyaAllah menepati citarasa.

p/s: thanks to Dania sbb tlg along ye..

Cuti2 SARAWAK a.k.a honeymoon=)

Assalamualaikum...صباح الخير
Alhamdulillah diberi peluang oleh Sang Pencipta utk terus bkongsi rempah ratus dlm rnjau khidupan.
Pagi ni ana nk berkongsi serba sedikit tentang percutian ana bsama suami ke Sarawak pada 29 Mac hari tu,mudah2an boleh djadikn info bt anda2 yg nk ke sana kn...k jom layan gmba2 ...
Okeh utk ari 1st,ana menginap d hotel Kingwood Inn,KCH...bilik die ok sgt...selesa. Haaaaaaaa...yg ni free sbb suami ana join travel agent sblum ni..so redeem je la. 

Sarapan kami utk hari ke2 di Kuching ditaja oleh Kingwood Inn...heheheh...

Jalan2 ke Santubong....ade pantai da gunung=)


Jom pekena Laksa Sarawak + Mee Kolok... rasa die unik=)

kat sini ana jln2 tgk sayur yg djual scara borong...sepemeluk pjodoh bilangan yg sesuai ...hahhaha

Oh 1 Santubong...swimming pool infinite seaview

Ni penginapan mlm terakhir ana...Harbour View Hotel...btol2 tgh2 Bandaraya Kuching

Cari sourvenir sket utk fmly...kek lapis ade..tp x suggest u all beli sbb xbrpe sedap..

Merasa naik sampan kat sini...pergi blk RM1 je...
Jalan2 Bandaraya Kuching dgn Mr. suami =)
Ok rasa cukuplah stakat ni pkongsian ana...hee...yg benor x sempat nk edit gmba n msa mcemburuinya pun..hahahah..ok tata titi tutu...jumpe lg =)

Saturday, March 3, 2012

Tanggungjawab Part 2

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.

Tanggungjawab Part 1

Tanggungjawab suami terhadap isteri

Suami merupakan ketua yang memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya. Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah S.w.t sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :

i. Wajib atas suami memberi mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.

ii. Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :

a. Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.

b. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”

iii. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya:  “Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”

iv. Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.

v. Suami wajib menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.

vi. Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya).

Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :

1. Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya. Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan dia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya. Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud :

“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”

2. Hendaklah suami memberi kelapangan perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupun tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila dia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.

3. Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila dia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.

4. Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya dia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”

5. Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.

6. Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.

7. Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang 'queen control').

8. Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam. Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).

Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.

Sunday, February 19, 2012

Miss -----> Mrs

Assalamualaikum...bertemu kembali di Febuari yg penuh cinta...bulan ni ada hari ulangthn klhiran Junjungan Mulia Kekasih Allah... iaitu Rasulullah SAW. Selawat & salam keatas baginda=)  Alhamdulillah ana masih dberi kesempatan utk add new entry kt BLOG ni.  

Back to the topic....vavavvavaaaaaa!!! Miss to Mrs... hurmmm, quite busy lorr. Cm xde masa je...sibuk sgt...huh!!maybe baru2 kot...dlm proses penyesuaian diri lg. Kalo weekend tu de dua ari kena bg 1 ari rumah my parent, 1 ari kt my mom in law. Kalo dulu bgun tdo relax2...bmalas2an , Skrg bgun kena fikir nk prepare breakfast tuk dear hubby, siapkn bju die utk g ofis dll.. So far, Alhamdulillah sume under control. N rasa sgt puas hati sbb dpt uruskn beliau =) huhuhu...tu sume smtra je...masa ana cuti sem...esok da mula kuliah..mula la PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Beliau kt Puchong , ana kt Johor ,ish.... chaiyok3...fighting \(^_^)/  GOOD LUCK to myself utk sem ni...as student+wife+daughther+daugther in law n blablabla.... InsyaAllah, dpermudahkan... USAHA+DOA+TAWAKAL 


Td jam 3.45ptg, ana anta dear hubby kt bus stand Bentayan,Muar... awal dah blk...sbb tiket paling lewat da abes...huaaaaaaaaaaaaaaa=( eh..eh...chill, relax Diyana. t ari Jumaat depan InsyaAllah jumpa lg.Rindunya ..even bru je bpe jam xjumpa...da rindu semula. Indahnya nikmat kebahagiaan dlm perkahwinan yg Allah kurniakan...

okey ana stop smpai sini dulu k... SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB.  Have a nice day=)
Semoga kita semua dlm rahmat dr Allah.


Saturday, January 14, 2012

Saat dan Waktu yg semakin hampir...

Assalamualaikum... Alhamdulillah bkesempatan lg utk share entry...woww...Happy Weekend utk u all... 2,3 minggu ni ana mmg xde istilah weekend..hu3....sedihkan...weekday or weekend sama je...t'sgt2 la sibuk.... huh!
Sibuk apa?! hurmmm... sibuk study la...ni kan minggu final exam ,dear! Haaa.. lg sibuk siapkn tesis terchenta..muah3 .Dlm erti kata len, utk kali ni ana tamak..hahhaha semua nakkk..(STudy+Thesis+Wedd Prep. )Terpaksa la sbnarnye...tanggungjawabkan. Nk bt cm ne:)

kejar masa....haiyaaakkkkk.....


Bila da sibuk2 ni...setiap detik yg b'lalu tu xrasa...sedar2 eh da semakin hampir SAAT n WAKTU tu..hu3... ohhh NO!!! nervous...neRvoUs.... ana x sempat nk tune diri ana ke arah itu... Tolong3.... waaa... xcited ade, nervous ade...smua prasaan ade... tamak utk kali kedua...ahhaha...ade ana kisah?! Ok u all...rasanya cukup smpai sini ... hu3...n doakan ana yg t'baik ye..smoga lancar n bjaya smua yg ana usahakan ni..amin...