Friday, June 29, 2012

RED VELVET CAKE/ kek baldu merah

Assalamualaikum...selamat pagi...entry ana pg ni atas permintaan beberapa induvidu yg mahu ana share resepi...wokeh...xmo merapu bebyk...jom tgk apa yg perlu utk kek ni...





Bahan Kek:
  1. 1/2- buku butter
  2. 1 1/2- cwn gula halus (guna cawan yg bila dimasukn 1/2 buku butter jd 1/2 cwn butter-saiz)
  3. 2 biji telur  (suhu bilik)
  4. 3 penutup/ 2 sudu mkn- esen vanila.
  5. 2 1/2 cawan Tepung kek/self-raising flour
  6. 1 sudu kecil serbuk penaik (yg bekas wane kuning de gmba kek)-->*bahan 5 n 6 ayak bersama
  7. 1 sudu kecil bikarbonat soda
  8. 1 sudu kecil cuka putih/cuka buatan--->(campurkan 7 n 8 tp bile kek da siap diadun n da hmpir dbakar)
  9. 1 cwn buttermilk(kalo xde guna dutchlady full cream)
  10. 2 sudu mkn koko van houten
  11. pewarna merah cecair -->*bahan 10 n 11 dicampurkn ,kuantiti cecair pewarna adalah sehingga serbuk koko td jd pes ( mcm pes tom yam yg kita beli)..hehehe

     CARA2

    PANASKAN OVEN 175'C masa 30minit,
  • bahan 1,2 dipukul smpai kembang(ringan) pastu masukn telur 1 per 1 n esen vanila td.
  • masukan pes koko.Putarkan mixer sederhana laju.
  • masukan tepung diselang seli dgn buttermilk td.. (1/3 bahagian tepung-1/2 bahagian buttermilk-1/3 tepung-1/2 buttermilk-tepung smpai abes).Setiap bahagian dimasukn putar ok!
  • ok last skali sblum bakar masukn cuka n bikarbonat soda yg kita da cmpurkn td...gaul rata n cepat2 bakar.



Bahan Frosting.

  1. butter separuh
  2. cream cheese yg mcm kt gmba ni..yg kecil..
  3. esen vanila sesudu mkn
  4. susu pekat manis 2 sudu....
  5. gula icing  ikut cita rasa...



*bahan2 frosting 1 n 2 pukul smpai ringan..masukn 3,4 n 5...kalo mahu frosting tebal doublekn sukatan.

p/s: kalo xfhm call je k...heheheh...

k bye..nk smbung kmas rumah.




Monday, June 25, 2012

Hargailah Puan Suri Anda..


Entry kali ni ana ambil dr akhbar Cosmo..utk perkongsian bersama...utk direnungkn dan diamalkn 

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.
Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.
Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.




7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.




8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. 

Monday, June 18, 2012

Happy Birthday To Me....

Assalamualaikum...grrr... lama sudah x update blog ni...sudah b'sawang gamaknye:) busy yg amat sgt la kita sejak  dua menjak ni...ahaiiiiii... wokey...straight to the point.. nk share entry pasal My Birthday ari tu:) 




 Alhamdulillah 15hb Jun ritu genap umur ana 25thn..wahh sudah dewasa !! 1/4 abad.  Ni birthday pertama ana raikan sbgai isteri, totally sgt berbeza dbnding dgn zaman bujang.  Lagi ana skrg duk dgn suami,jauh dr family so rasa sunyi sikit la.  Pagi2 lg Mr.Suami da buka youtube cari vdeo yg sesuai utk ana...hahahaha..yg xleh bla..da duduk serumahkn, so dgr la dulu lagu2 sblum die pilih n post kt FB.  Apapun tq syg...






Hurmm..dek kerana Mr.Suami yg sgt la sibuk,bru mlm td die sempat ajk ana g dating. Yeayy... thanks lg skali tau. Ceria sgt layan haiwan2 AFRO CIRCUS POLKA DOT-POLKA DOT...hihihihih...cheerful + colorful.





Ok jumpe lg nnti ye....slmt bekerja..